fbpx

JBPM perlu 600 lagi pegawai bomba gred KB19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Hamdan (kiri) memakaikan Pingat Perkhidmatan Bomba kepada salah seorang pegawai bomba di Akademi Bomba dan Penyelamt Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang hari ini.

MARANG – Jawatan pegawai bomba gred KB19 dengan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih mempunyai 600 kekosongan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kekosongan itu sepatutnya perlu diisi berikutan persaraan sebahagian penjawatnya.

“Pegawai bomba gred KB19 tidak terisi lebih kurang 600 orang. Ia turut merangkumi penjawatan yang perlu diisi di beberapa balai bomba yang baharu siap dibina dan diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Pengambilan bagi mengisi kekosongan berkenaan akan dilakukan secara berperingkat,” katanya di Akademi Bomba Penyelamat Malaysia Wilayah Timur di sini semalam.

Terdahulu beliau ditemui selepas menyampaikan Pingat Perkhidmatan Bomba bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu.

Mohammad Hamdan berkata, seramai 1,000 individu telah berjaya diserap ke jawatan pegawai bomba gred KB19 berkenaan sepanjang tahun lalu.

Beliau berharap sebahagian pelatih baharu yang bakal tamat kursus sijil sains kebombaan tidak lama lagi dapat berpotensi mengisi sebahagian kekosongan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI