fbpx

Jangan sekat guru bersuara – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina.

PUTRAJAYA – “Saya mohon dihentikan budaya ini dengan kadar segera,” kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagi mengulas tindakan pegawai atasan yang memberi amaran kepada seorang guru pendidikan khas.

Guru berkenaan yang bertugas di sebuah sekolah di Kajang, Selangor sebelum ini telah berkongsikan pandangan peribadinya di Facebook mengenai keluhan dihadapi guru yang mengajar Murid Berkeperluan Khas (MBK).

Fadhlina menerusi hantaran di Facebook berkata, pendekatan administratif yang baik hanya boleh dicapai apabila wujud ketelusan di peringkat bilik darjah, sekolah dan pejabat pendidikan.

“Guru pendidikan khas adalah barisan hadapan saya untuk membangun konsep madani dalam pendidikan khas.

“Kebimbangan beliau adalah kebimbangan saya. Ruang kritikan konstruktif penting sebagai proses semak dan imbang mengikut saluran, adab berbeza pandangan yang sentiasa meletakkan kepentingan serta kebajikan murid-murid,” ujarnya.

Terdahulu, hantaran guru itu yang ditujukan khas buat KPM empat hari lalu, turut memetik nama (tag) akaun Facebook Menteri Pendidikan tersebut.

Menerusi mesej terbuka itu, guru berkenaan mahu Menteri Pendidikan dan KPM mengutamakan kepentingan dan kebajikan guru serta murid ketika memutuskan apa-apa dasar utama pendidikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI