fbpx

Hujan lebat, ribut petir sekitar Sabah petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di beberapa kawasan di Sabah petang ini.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, MetMalaysia berkata, antara kawasan yang terlibat adalah Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas).

Jelas MetMalaysia, keadaan itu dijangka berterusan sehingga pukul 4 petang nanti.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI