fbpx

Harimau bintang jalani pembedahan buang tumor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tumor itu tumbuh pada muka Tree berhampiran matanya. - Thaiger

BANGKOK – Sepasukan doktor haiwan berjaya mengeluarkan tumor besar dari bahagian muka seekor harimau bintang di wilayah Suphan Buri, Thailand, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Pegawai dari Kawasan Bukan Memburu Bueng Chawak melaporkan bahawa seekor harimau bintang jantan berusia 15 tahun yang bernama Tree dan seberat 51.5 kilogram telah dibedah di Pusat Pengurusan Hidupan Liar Bang Chawak.

Tree dibius menggunakan dart anestetik sebelum doktor-doktor haiwan membawanya keluar dari kandang ke meja bedah.

Tumor yang melekat pada muka Tree berhampiran matanya berukuran 4.5 meter lebar dan sepanjang 5 meter.

Selepas tumor tersebut berjaya dikeluarkan, Tree menerima suntikan antiseptik yang berkesan selama 14 hari, ubat tahan sakit dan vitamin berkhasiat.

Tree dipindahkan semula ke dalam kandangnya sebelum perlahan-lahan sedar daripada kesan bius dan pulih dengan baik, kata pegawai.

Sampel tumor itu akan dihantar ke makmal untuk ujian sama ada ia merupakan kanser atau sebaliknya. Jika ia disahkan sebagai ketulan kanser, Tree akan menjalani rawatan lanjut. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI