fbpx

EFL: United letak sebelah kaki di Wembley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Forest menjelang aksi kedua separuh akhir EFL Khamis depan. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag memuji impak yang dipamerkan oleh Marcus Rashford untuk membantu pasukan meletakkan sebelah kaki ke final Piala Liga Inggeris (EFL) dengan menewaskan Nottingham Forest 3-0 awal pagi semalam.

Pada aksi separuh akhir pertama di Stadium City Ground itu, skuad The Red Devils tidak mempunyai masalah untuk me­raih bekalan selesa hasil jaringan yang dilakukan oleh Rashford, Wout Weghorst dan Bruno Fernandes.

Menurut Ten Hag, kemena­ngan selesa tersebut sudah pasti memberi sedikit kelegaan buat pasukan menjelang aksi separuh akhir kedua yang berlangsung di Old Trafford minggu depan.

“Secara keseluruhan, saya sangat gembira dengan prestasi pasukan, tetapi jika mahu memberi pujian kepada individu sudah tentu saya mahu katakan apa yang Rashford pamerkan ketika ini sangat luar biasa apabila menjaringkan 10 gol dalam 10 aksi terakhir.

“Dia semakin memberikan impak positif dan konsisten sejak awal musim dan sudah tentu menjadi sandaran utama kami dalam usaha memburu trofi pertama kali ini kerana pertahanan lawan sukar untuk mengekang serangan yang dilakukannya,” kata Ten Hag.

Bagaimanapun, pengendali dari Belanda itu masih mahu anak-anak buahnya berwaspada memandangkan Forest masih mampu memberi ancaman se­perti yang dilakukan pada awal perlawanan.

“Pada babak pertama, pasukan tidak bermain dengan baik dengan membiarkan skuad tuan rumah mendominasi, tetapi apa yang penting mentaliti pemain untuk bangkit wajar diberi pujian,” katanya.

United kini memburu trofi pertama dalam tempoh enam tahun selepas kali terakhir menang kejohanan pada Piala Europa edisi 2017. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI