fbpx

10 Setiausaha Politik Menteri Kabinet angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (duduk kanan) menyaksikan Angkat Sumpah Simpan Rahsia seramai 10 Setiausaha Politik kepada Menteri Kabinet di Putrajaya hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Simpan Rahsia seramai 10 Setiausaha Politik kepada Menteri Kabinet di Putrajaya pagi tadi.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata, upacara angkat sumpah itu didahului oleh Muhammad Kamil Abdul Munim yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan.

“Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik ialah Datuk Hamzah Brahim (MPIC), Yuhaizad Abdullah (MAFI), Datuk Ton Zalani Mat Darus (MINDEF) dan Datuk Rizam Ismail (MITI).

“Juga mengangkat sumpah pagi tadi ialah Datuk Suraya Yaacob (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Akmal Zharif Ahmad Kamal (Luar Negeri), Dr. Stephen Anak William (Perpaduan), Arul Kumar Jambunathan (MOT) dan Yap Yee Vonne (KBS),” katanya hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau berharap kesemua mereka dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan ikhlas serta penuh berintegriti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI