fbpx

Yayasan Petronas bantu keluarga kurang mampu di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAKARIA (kiri), Zukifli dan Boon Poh menziarahi Kooi Heng yang terlantar di kediamannya, di sini hari ini. SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Yayasan Petronas membantu meringankan beban 150 keluarga kurang bernasib baik di negeri ini menerusi Program Sentuhan Kasih sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Petronas Wilayah Tengah dan Utara, Zukifli Othman berkata, keluarga yang terpilih menerima sumbangan barangan keperluan harian antaranya beras, minyak masak, gula, tepung dan pek hamper perayaan.

“Secara keseluruhannya, seramai 2,150 keluarga di seluruh negara diraikan sempena musim perayaan ini dan diharapkan inisiatif ini dapat membantu meringankan beban mereka.

“Kita bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM) yang berperanan sebagai penyelaras dan mengenal pasti keluarga yang layak untuk menerima sumbangan.

“Selain sumbangan semasa musim perayaan, bantuan khas turut kita salurkan sekiranya berlaku bencana dan JKM akan bertindak sebagai perantara dan memaklumkan jenis bantuan yang perlu kami sediakan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada tiga keluarga di Bukit Mertajam, di sini hari ini.

Salah seorang penerima sumbangan, Kam Kooi Yang,52, berkata, perayaan kali ini disambut serba sederhana kerana tanggungjawabnya tertumpu terhadap kebajikan dua ahli keluarganya yang terlantar.

Ibunya, Magarette Yion Mooi Lan,78, terlantar kerana sakit tua manakala abangnya, Kam Kooi Heng,56, lumpuh separuh badan selepas diserang angin ahmar November lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI