fbpx

UMNO milik semua, bukan MKT sahaja – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – “UMNO milik ahlinya semua dan bukan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sahaja”.

Demikian luahan ringkas yang diutarakan oleh mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di InstaStory miliknya, hari ini.

Beliau berkata, meskipun berbeza pandangan dengan pucuk pimpinan, namun kesetiaannya terhadap UMNO tidak berubah.

“Berbeza pandangan dengan pucuk pimpinan dan menuntut proses demokrasi dihormati tidak bermakna tidak setia kepada parti,” katanya.

Difahamkan, status keahlian bekas Ketua Pemuda UMNO itu dalam UMNO dijangka akan diketahui petang ini selepas mesyuarat MKT.

Terdahulu, Khairy membidas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Puad Zarkashi kerana mempersoalkan tindakannya memuji ahli parti yang membuat aduan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap keputusan UMNO mengekalkan dua jawatan tertinggi parti itu.

Khairy menyifatkan keputusan menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan adalah sebagai kegilaan dan cubaan untuk menyekat demokrasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI