fbpx

Tindakan berani kanak-kanak memancing di The Mines curi perhatian ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan, beberapa orang kanak-kanak memancing di The Mines, Seri Kembangan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tindakan memancing di sebuah kompleks beli-belah The Mines, Seri Kembangan oleh beberapa kanak-kanak curi perhatian ramai selepas video mereka dimuat naik di media sosial sejak semalam.

Video berdurasi 1 minit 43 saat yang dimuat naik pengguna Twitter Abudi Alsagoff itu menyaksikan kanak-kanak terbabit berjaya menaikkan seekor ikan patin berukuran besar berhampiran kolam di kompleks tersebut.

Rata-rata pengguna Twitter menyifatkan kanak-kanak itu sebagai berani kerana ia merupakan kawasan larangan memancing.

“Pergh, kau memang berani dik, dulu orang pancing curi-curi pun dekat tasik sebelah shopping mall,” kata Khairul Nizam.

“Eh boleh memancing ke dekat situ? biasa orang memancing dekat sebelah tasik tu, ini memang berani,” kata Azriman.

“Dekat The Mines, genggam roti, celup tangan mesti ikan makan, semua ikan lapar di situ,” ujar natizen lain.

Dalam pada itu, netizen lain turut melahirkan kerisauan terhadap tahap keselamatan kanak-kanak tersebut ketika memancing di kawasan tersebut.

“Nanti kalau terjatuh dan berlaku apa-apa dipersalahkan pengurusan,” luah Sudheeepritch.

“Aku yang tengok pun seram, kalau dia jatuh dalam itu nanti,” ujar blackyjez.

Video tersebut meraih 135,000 tontonan dengan 2,283 tanda suka serta 1,093 ulang ciap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI