fbpx

Suhu sejuk di Sik, Baling sudah berkurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MURID sekolah tidak lagi mengenakan pakaian tebal kerana fenomena cuaca sejuk semakin berkurangan di Baling semalam. – NORLIA RAMLI

SIK – Fenomena suhu sejuk sehingga 18 darjah Celsius yang melanda Sik dan Baling, dekat sini sejak pertengahan bulan ini semakin berkurangan ketika ini apabila mencatatkan suhu antara 21 hingga 24 darjah Celsius.

Penduduk Kampung Belantik di Sik, Osman Jab, 48, berkata, suasana sejuk yang dirasai sebelum ini semakin berkurangan sejak tiga hari lalu.

“Dua tiga hari ini cuaca di sini tidak begitu sejuk seperti sebelum ini dan kehidupan kami kembali seperti biasa.

“Namun, ada ketika rasa sejuk juga pada waktu malam dan su­buh terutama bila hujan. Walaupun masih terasa sejuk tetapi ia tidak ketara sangat sehingga memerlukan kami pakai baju tebal,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, suhu sejuk pada bulan ini agak luar biasa berbanding tahun sebelumnya.

Penduduk Kampung Simpang Empat di Baling, Sunassa Aitik, 39, pula berkata, suhu sejuk di sekitar rumahnya berkurangan daripada sebelum ini iaitu kira-kira 24 darjah Celsius sahaja.

“Walaupun keadaan sejuk semakin berkurangan, namun pada sebelah malam hingga ke pagi, cuaca masih sejuk terutamanya selepas hujan pada petang.

“Saya dan anak-anak, Chalissha Boon Jong (10) dan Chadyna Boon Jong (5) juga tidak perlu guna pendingin hawa atau kipas untuk tidur pada waktu malam,” katanya.

Nongnuch Ai Eng, 52, berkata, suhu sejuk yang berkurangan membolehkannya keluar bersenam di luar rumah terutama di pinggir Sungai Ketil.

“Sejak beberapa hari lalu, saya ajak rakan keluar bersenam dan berlari di sekitar pinggir sungai ini sambil menghirup udara bersih, melihat suasana sekeliling dan Gunung Baling yang cantik dan mendamaikan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI