fbpx

Sudahlah kanser, Park So-dam dihina, dibenci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK SO-DAM

NAMPAKNYA disahkan menghidap kanser tiroid bukanlah satu-satunya perkara paling teruk yang berlaku terhadap pelakon Park So-dam.

Jika ada hal yang pedih daripada kesakitan fizikal, perkara itu adalah sakit hati. Itu yang dilalui So-dam sejak 2020 dan berterusan hingga kini.

Dia dilihat terbuka bercerita tentang komen negatif seorang individu yang singgah dalam hidupnya.

Individu tersebut sebenarnya meminati pelakon lain, namun disebabkan keberadaan So-dam, individu terbabit tidak menonton drama atau filem lakonan artis kegemarannya.

Dia turut menghina wajah pelakon berusia 31 tahun itu dan memaklumkan bahawa So-dam dibenci ramai.

Kemudian pada 22 Januari lalu, pelakon filem Parasite itu menerima mesej daripada individu yang sama.

“Kenapa awak tidak mati sahaja daripada kanser? Saya tidak sangka awak masih meneruskan kerjaya sebagai pelakon,” ujarnya.

Bagaimanapun, di pihak So-dam, dia seperti tidak terjejas dengan penghinaan tersebut apabila membalas komen jahat sambil menyertakan ucapan Selamat Tahun Baharu kepada individu berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI