fbpx

Subsidi bersasar perlukan data berkualiti – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi

PETALING JAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan pelaksanaan subsidi bersasar memerlukan data yang berkualiti bagi memastikan ia sampai kepada isi rumah yang benar-benar memerlukan.

Menurut beliau, pengumpulan data itu membolehkan kerajaan mengetahui secara terperinci jumlah isi rumah, pendapatan dan penerimaan bantuan.

“Salah satu tanggungjawabnya saya adalah untuk memastikan infrastruktur dan keupayaan data kerajaan dinaik taraf dengan segera.

“Tanpa infrastruktur data yang baik, ia menjadi penghalang kepada keputusan ekonomi yang sepatutnya tidak perlu diperdebatkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tambahnya, data yang berkualiti dapat membantu pihak kerajaan untuk membuat keputusan yang adil kepada semua pihak dan mencapai matlamat dari segi menangani cabaran ekonomi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI