fbpx

RM500 cukup tampung belanja satu semester?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Antara dilema yang dialami kebanyakan pelajar adalah masalah kewangan apabila masih ramai yang tidak mampu menyediakan wang secukupnya bagi menampung keperluan pembelajaran terutama di peringkat universiti.

Pengacara dan penyampai radio, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi luahan seorang pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), namun masih teragak-agak apabila memikirkan kos perbelanjaan d menara gading.

Pelajar tersebut meminta pandangan beliau, sama ada RM500 mencukupi untuk digunakan sepanjang semester pertama di universiti.

“Saya nak tanya ada tak laptop (komputer riba) berharga RM1,000 yang bagus? cukupkah RM500 untuk makan selama satu semester di kampus nanti?,” soalnya.

Tambah pelajar itu, dia layak untuk memohon bantuan baitumal sebanyak RM4,000 untuk dijadikan ‘modal’ ketika di universiti.

Bagaimanapun, timbul kerisauan apabila ibunya meminta separuh daripada jumlah bantuan tersebut sebagai upah menguruskan borang permohonan termasuk bayaran fotokopi.

Ahmad Fedtri yang juga penulis lirik terkenal merumuskan, situasi pelajar tersebut merupakan salah satu faktor yang ‘membunuh’ motivasi seseorang individu untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi disebabkan tiada modal secukupnya bagi menampung kehidupan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI