fbpx

Remaja lari dari asrama untuk bertenang ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja yang dijumpai di sebuah kedai serbaneka selepas melarikan diri dari asrama.

SUBANG JAYA – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas melarikan diri daripada asrama di sebuah sekolah menengah ditemui di sebuah kedai serbaneka, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan remaja yang juga Orang Hilang (OH) sudah ditemukan dalam keadaan selamat.

“Pengadu yang juga ahli keluarga mangsa telah membuat laporan polis selepas menemui anaknya di sebuah kedai serbaneka di daerah ini.

“OH yang melarikan diri telah pergi ke masjid dan berjalan-jalan di sekitar daerah itu untuk bertenang sehingga waktu malam, remaja itu ditemui pak cik saudaranya sebelum memaklumkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Wan Azlan dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima laporan seorang remaja berusia 14 tahun telah melarikan diri daripada asrama Sekolah Agama Menengah Subang Jaya.

“Kali terakhir pengadu yang juga bapa OH melihatnya adalah pada Selasa lalu, sekitar pukul 6 petang, ketika menghantar anak perempuannya ke asrama tersebut.

“Tindakan semboyan orang hilang telah diedarkan kepada seluruh balai polis dan gambar mangsa juga telah diedarkan kepada semua balai polis,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI