fbpx

Polis di seluruh negara bantu buru Mohammad Roshaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Roshaidi

JASIN – Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara akan membantu mengesan seorang tahanan kes samun yang melarikan diri dari Penjara Pusat Koreksional Jasin, Lipat Kajang, di sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd. Fadzli Othman berkata, usaha menjejaki Mohammad Roshaidi Mohd. Ghazali, 44, diperluaskan selepas kontinjen negeri masih belum mendapat sebarang petunjuk lokasi persembunyiannya.

“Sejak malam tadi, usaha menjejaki suspek telah diperluaskan melibatkan kerjasama dengan IPD di seluruh negara.

“Ini kerana kita telah memeriksa semua tempat di sini yang berkemungkinan menjadi lokasi persembunyian suspek, namun masih belum menemuinya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Selasa lalu Kosmo! melaporkan polis memburu seorang tahanan lelaki terlibat dengan kes samun yang meloloskan diri daripada Penjara Pusat Koreksional Jasin.

Suspek Mohammad Roshaidi yang sedang menjalani Program Reintegrasi Penghuni di pusat tahanan berkenaan dikesan hilang pada pukul 2.20 petang oleh pihak warden.

Suspek dikatakan melarikan diri dengan memakai baju banduan berwarna hijau serta berselipar.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI