fbpx

Pesawah Kedah, Perlis terima bantuan khas Bernas bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tengah) beramah mesra dengan penerima bantuan pada Sesi Libat Urus bersama Peladang PPK Mada Pengkalan Kundor di Alor Setar, hari ini. Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Kerajaan akan mengagihkan Bantuan Khas Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) di negeri ini dan Perlis bermula bulan depan sekali gus memanfaatkan lebih 71,000 pesawah.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu berkata, Bernas memperuntukkan sebanyak RM60 juta bagi bantuan tambahan itu termasuk RM10 juta diagihkan kepada pesawah di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak tahun lepas.

“Bantuan ini bukan obligasi yang ditandatangani tetapi tambahan kerana berlaku banjir di Kelantan, Pahang dan Terengganu.

“Sebanyak RM60 juta diperuntukkan Bernas yang mana RM10 juta sudah diedarkan di Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya pada sidang akhbar pada Sesi Libat Urus bersama Peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) Pengkalan Kundor di sini hari ini.

Kata Mohamad, sebahagian lagi pesawah di seluruh negara termasuk Kedah dan Perlis akan mula diedarkan dalam masa terdekat iaitu seminggu dua lagi sebanyak RM250 seorang.

Mengulas lanjut, katanya, kira-kira 240,000 pesawah dari seluruh negara menerima bantuan berkenaan yang dijangka selesai diagihkan menjelang Mac nanti.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI