fbpx

Pesara maut, motosikal bergesel dengan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori di Jalan Dengkil di sini pagi tadi.

DENGKIL – Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Dengkil-Air Hitam menghala ke Shah Alam di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku pukul 8.35 pagi dan mangsa yang berusia 67 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati motosikal mangsa dikatakan bergesel dengan sebuah lori di laluan sama sebaik tiba di lokasi mengakibatkan lelaki itu tercampak ke atas jalan raya.

“Warga emas itu kemudiannya dilanggar oleh lori yang sama mengakibatkan kecederaan parah pada kepala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Wan Kamarul Azran, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian dan mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI