fbpx

Penduduk Mesir beli buku secara pembayaran ansuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buku kini dianggap barangan mahal sehingga pembeliannya dilakukan secara ansuran di Mesir. - AFP

KAHERAH – Kadar inflasi yang meningkat di Mesir menjadikan rakyat negara itu kini terpaksa membeli buku menggunakan kaedah pembayaran ansuran, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

“Sebuah buku telah menjadi barangan mewah di Mesir. Ia bukan komoditi asas seperti makanan dan orang ramai berjimat untuk kemewahan,” kata Mohammed El-Baaly dari syarikat penerbitan buku, Sefsafa Publishing House.

Berikutan harga buku yang meningkat dua kali ganda, beberapa penulis Mesir menyatakan mereka telah mengurangkan watak dan penceritaan bagi menjadikan penulisan mereka lebih ekonomik.

“Kos kertas dan dakwat telah meningkat dengan ketara. Kos satu tan kertas kini hampir empat kali ganda lebih tinggi daripada pada awal tahun ini,” kata El-Baaly.

Menurutnya, beliau telah beralih kepada percetakan buku di luar negara dan menghasilkan naskhah yang tidak banyak kerana menjangkakan akan berlaku penurunan permintaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI