fbpx

MKT tentukan nasib Khairy, beberapa individu lain esok – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PUTRAJAYA – Nasib bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta beberapa lagi ahli UMNO lain bakal ditentukan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dalam mesyuarat khas malam esok.

Perkara itu disahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pada sidang akhbar hari ini.

Ditanya lanjut siapa individu lain itu, Ahmad Zahid bagaimanapun enggan mendedahkan perkara itu sebaliknya meminta media supaya menunggu sehingga esok bagi mendapatkan jawapan sebenar.

“Tidak boleh bagitau awal, malam esok baru ada keputusan. Sila datang beramai-ramai kalau nak mengetahui senarai-senarai mereka yang terlibat itu. Tunggulah apabila MKT membuat mesyuarat esok. Tentunya, mesyuarat esok bukan hanya untuk (bincang) dia (Khairy) secara individu sahaja.

“Saya pernah maklumkan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu bahawa kita akan melakukan pembersihan secara besar-besaran. Ia termasuk mereka yang mensabotaj parti dan calon parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu dan mungkin termasuk orang yang menembak kaki sendiri ketika pilihan raya umum diadakan,” katanya.

Tindakan yang bakal dihadapi oleh bekas Menteri Kesihatan itu dipercayai ada kaitan dengan kenyataan terbuka Khairy yang menyatakan matlamatnya untuk membersihkan UMNO sekiranya berjaya memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Malah, Khairy juga menegaskan bahawa semua pihak mesti mengakui bahawa UMNO perlu berubah untuk sekali lagi menjadi parti yang boleh dibanggakan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI