fbpx

Mahkamah: Pesara direman bantu siasatan kes kematian wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perintah reman terhadap lelaki berusia 59 tahun itu dibenarkan Majistret Mahkamah Marang.

MARANG – Seorang pesara ditahan reman selama tujuh hari sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan pihak polis susulan penemuan mayat seorang wanita di Kampung Alor Gali di sini pada minggu lalu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 59 tahun itu dibenarkan Majistret Mahkamah Marang, Zur Azureen Zainalkefli hari ini.

Permohonan reman tersebut bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap mangsa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, difahamkan lelaki tersebut berjaya diberkas polis di Jeli, Kelantan pada pukul 2.30 petang semalam.

Kosmo! 19 Januari lalu melaporkan seorang pencari daun palas tergamam bertemu dengan satu mayat wanita di dalam kawasan semak berhampiran Kampung Alor Gali di sini.

Sewaktu ditemui, mayat itu lengkap berpakaian dengan berbaju lengan panjang berwarna merah jambu, dan berseluar panjang berwarna hitam selain sehelai kain juga berwarna hitam dipercayai tudung berada pada bahagian perutnya.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris kemudiannya mengesahkan identiti mangsa dikenali sebagai Zarina Mukhtar, 57.

Beliau berkata, pengesahan itu dibuat berpandukan padanan rekod cap jari disimpan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI