fbpx

Kesedaran tentang bahaya Portuguese Man o’War dipertingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu bangkai Portuguese Man o'War yang ditemui di Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan meningkatkan kesedaran terhadap masyarakat berhubung obor-obor beracun jenis Portuguese Man o’War yang kini ditemui banyak terdampar di pesisir pantai negeri ini sejak beberapa tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata, masih ramai pengunjung tidak mengetahui tentang bahaya bahawa sekiranya menyentuh walaupun bangkai haiwan berkenaan.

“Saya akan mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat agar memasang papan tanda amaran tentang ancaman Portuguese Man o’War.

“Papan tanda amaran itu boleh dipasang di pantai-pantai peranginan utama sebagai peringatan kepada pengunjung,” katanya di sini hari ini

Kosmo! semalam melaporkan obor-obor jenis Portuguese Man o’War telah ditemui kembali terdampar di Pantai Seberang Takir di sini sejak Isnin lalu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan menghindari pantai peranginan tersebut buat sementara waktu.

Azman berkata, buat masa ini, Portuguese Man o’War telah dijumpai terdampar di beberapa pantai peranginan di daerah Marang, Kuala Nerus, Setiu dan Besut pada musim tengkujuh ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI