fbpx

Kawasan pelancongan di Dabong dibuka semula 1 Februari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hariff (dua dari kiri) semasa merasmikan Sesi Libat Urus Bersama Agensi, Jabatan Kerajaan Dan Penggiat Pelancongan Dabong Tahun 2023 di Pejabat MDD di Pejabat MDD, Kuala Krai hari ini.- Foto ROSMIZAN RESDI

KUALA KRAI – Kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan aktiviti pelancongan dan pendakian di Dabong dekat sini akan dibuka semula kepada orang ramai pada 1 Februari depan selepas ditutup beberapa bulan semasa musim Monsun Timur Laut.

Yang Dipertua Majlis Daerah Dabong, Mohd. Hariff Ghazali berkata, pembukaan semula itu kawasan rekreasi itu melibatkan kawasan di kompleks Gua Ikan, Lata Kertas, Sungai Kenerong dan beberapa pusat pelancongan lain.

Menurutnya, pembukaan lokasi-lokasi pelancongan itu dilihat mampu meningkatkan semula kehadiran pelancong di Dabong sekali gus mencapai sasaran seramai 100,000 pelancong sepanjang tahun ini.

“Dabong menerima hampir 80,000 pengunjung pada bulan Mac hingga November tahun lalu.

“Sehubungan itu, kita yakin kawasan pelancongan di Dabong akan terus berkembang memandangkan jenama ‘Train To Dabong’ sudah dikenali dan menjadi fenomena penting untuk ekopelancongan negeri,” katanya selepas Sesi Libat Urus Bersama Agensi, Jabatan Kerajaan Dan Penggiat Pelancongan Dabong Tahun 2023 di Pejabat MDD di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Hariff berkata, pihaknya sedang dalam usaha untuk memperkemaskan tahap keselamatan di semua lokasi-lokasi pelancongan di bawah pentadbiran MDD.

Katanya, kekurangan fasiliti terutamanya pagar di lokasi-lokasi tumpuan menyukarkan MDD untuk melaksanakan kawalan keselamatan.

“Kita bimbang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini kerana tidak mempunyai data yang lebih terperinci mengenai kemasukan pelancong di sesuatu lokasi.

“Selain itu, MDD juga mahu meningkatkan kemudahan di lokasi-lokasi pelancongan di Dabong dalam usaha kawasan Gua Ikan menjadi lokasi tumpuan pelancong seperti Gua Tempurung di Gopeng, Perak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI