fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa Sarawak, Sabah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga pukul 10 malam hari ini.

Menerusi laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan, antara kawasan di Sarawak yang sedang menerima taburan hujan tinggi ketika ini adalah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Julau), Sibu (Kanowit), Miri dan Limbang.

Sementara itu, di Sabah, melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan) bagi tempoh yang sama.

Dalam pada itu, beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah dilaporkan dilanda banjir ekoran hujan berterusan sejak beberapa hari.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi negeri di Pantai Timur serta Johor berkuat kuasa sehingga 30 Januari depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI