fbpx

Hujan berterusan, laut bergelora di Pantai Timur hingga Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 30 Januari termasuk kawasan sekitar Pantai Timur.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporannya memaklumkan antara kawasan terlibat di negeri Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Selain itu, keadaan yang sama diramal melanda seluruh negeri Terengganu serta beberapa daerah di Pahang seperti Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Bagi negeri Johor pula, melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” jelasnya di Facebook hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan lain, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora tahap kedua bagi negeri di Pantai Timur, berkuat kuasa sehingga 31 Januari ini.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI