fbpx

Gempa bumi sederhana di Laut Maluku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat gempa bumi yang berlaku di Laut Maluku tengah hari tadi.

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 skala richer berlaku di utara Laut Maluku pada pukul 12.23 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 2.9 darjah utara dan 127.2 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

“Kejadian berlaku di 154 km Tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI