LONDON – Manchester United kekal menjadi kelab paling bernilai di Liga Perdana Inggeris berdasarkan satu kajian yang dibuat apabila nilainya dianggarkan sebanyak £4.8 bilion (RM25.27 bilion).
The Red Devils berjaya memegang status berkenaan untuk sekian lama dan terus kekal dengan pencapaian tersebut selepas nilainya dianggarkan meningkat sebanyak 28 peratus sejak dua tahun lalu.
Pencabar utama United, Liverpool dan Manchester City berada di kedudukan kedua dan ketika dengan nilai masing-masing sebanyak £3.8 bilion (RM20 bilion) dan £3.5 bilion (RM18.43 bilion).
Pendahulu Liga Perdana Inggeris ketika ini, Arsenal pula berada pada kedudukan keempat dengan nilai £2.9 bilion (RM15.27 bilion), manakala Chelsea dianggarkan mempunyai nilai £2.8 bilion (RM14.74 bilion) untuk menghuni kedudukan kelima.
Bagaimanapun, United yang mengekalkan status itu bukanlah pasukan yang memiliki perkembangan nilai yang paling tinggi apabila mereka tewas kepada Newcastle United yang mengunjurkan peningkatan sebanyak 63 peratus bagi nilai pasukan sejak 2021.
Pengambilalihan pemilikan oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi pada 2021 menyaksikan The Magpies mempunyai nilai sebanyak £357 juta (RM1.87 bilion) ketika ini.
Pemilik United, keluarga Glazer dilaporkan bersedia untuk menjual semua pegangannya di United sekiranya mendapat tawaran yang sesuai dan jutawan Britain, Sir Jim Ratcliffe antara individu yang menyatakan kesanggupan untuk membeli kelab berkenaan. – AGENSI