fbpx

Dr. Zaliha ketuai delegasi ke mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa akan menghadiri mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Sesi Ke-152 di Geneva, Switzerland bermula Isnin ini sehingga 7 Februari depan, sekali gus menjadi lawatan rasmi pertama beliau ke luar negara.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat itu akan turut disertai oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan pegawai-pegawai dari KKM.

Menurut KKM, ia merupakan mesyuarat berkala yang dihadiri oleh menteri-menteri kesihatan, ketua-ketua pengarah dah pakar-pakar dalam bidang berkaitan untuk membincangkan komitmen, dasar, status pelaksanaaan program dan hala tuju sektor kesihatan yang telah dipersetujui secara konsensus di bawah WHO.

“Selaku ahli Lembaga Eksekutif bagi rantau Pasifik Barat, penyertaan Malaysia ke Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO Sesi Ke-152 ini adalah penting memandangkan platform berkenaan menyediakan ruang bagi konsultasi dan perbincangan lanjut bersama ahli Lembaga Eksekutif yang lain demi kepentingan sektor kesihatan sejagat.

“Malaysia juga akan mengetengahkan isu-isu kesihatan signifikan yang bukan sahaja melibatkan negara, malah negara anggota Rantau Pasifik Barat. Komitmen Malaysia dalam menghadiri mesyuarat ini membuktikan kerajaan adalah konsisten dan komited dalam setiap kerjasama di peringkat antarabangsa,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI