fbpx

Adam Shahz, Fatin Afeefa gagal capai kata sepakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAJLIS sulk yang diadakan pada perbicaraan pertama kes tuntutan hak penjagaan anak antara Adam Shahz dan Fatin Afeefa pagi tadi tidak mencapai kata sepakat oleh kedua-dua belah pihak. Foto - SADDAM YUSOFF

PETALING JAYA – Prosiding perbicaraan kali pertama berhubung hak penjagaan anak tunggal pelakon Adam Shahz dengan bekas isteri, Fatin Afeefa gagal mencapai kata sepakat.

Perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Syariah Shah Alam, Shah Alam, Selangor pagi tadi menyaksikan satu prosiding majlis sulk diadakan membabitkan kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun, usaha untuk mencari satu penyelesaian dalam tuntutan berkenaan tidak mencapai kata putus.

Justeru, mahkamah menetapkan kes tersebut dibawa di hadapan hakim pada 28 Februari depan.

“Anak guam memberi kerjasama yang baik. Kami juga menghormati proses mahkamah, jadi pada 28 Februari nanti anak guam akan jawab saman (tuntutan hak penjagaan anak),” kata peguam mewakili Fatin Afeefa, Ahmad Hazieq Roshali.

Sementara itu, Adam yang ditemui usai prosiding tersebut berkata, dia hanya menunggu keputusan mahkamah selepas ini.

“Insya-Allah mungkin saya akan melantik peguam. Sebagai ayah, anak tetap keutamaan saya. Saya akan berjuang berhabis-habisan.

“Kalau ikutkan perkara ini tidak perlu dijadikan isu walaupun dah bercerai. Cuma saya perlukan hak saya juga,” katanya.

Tambah pelakon drama Juvana itu lagi, sudah tiga bulan dia tidak bertemu dengan anaknya, Ivy Herra Sophia, 7, dan tiada cara lain untuk berjumpa dengannya melainkan mengheret kes tersebut ke mahkamah.

“Saya tidak ada tuntut apa-apa pun. Kalau tidak dapat tuntut hak penjagaan anak, sekurang-kurangnya beri hak untuk melawat,” ujarnya lagi.

Adam dan Fatin berkahwin pada Disember 2013, namun bercerai sekitar Mei 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI