fbpx

Aaron-Wooi Yik tampil tenang ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON-WOOI YIK bakal menentang satu lagi beregu China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong pada aksi suku akhir Indonesia Masters di Istora Senayan, Jakarta hari ini.

BEREGU lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir pada Kejohanan Badminton Indonesia Masters selepas menyingkirkan pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chan.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta semalam, juara dunia itu menampilkan corak permainan meyakinkan bagi mencatat kemenangan straight set 22-20, 21-13 dalam tempoh 37 minit.

Lebih manis, kemenangan itu turut menyaksikan Aaron-Wooi Yik menebus kekalahan kepada gandingan tersebut selepas tewas 21-14, 19-21, 18-21 pada perlawanan akhir Terbuka India Ahad lalu.

Aaron mengakui berpuas hati dengan kemenangan tersebut selain percaya mereka menampilkan aksi lebih baik serta menggunakan kelebihan pengalaman yang ada bagi menewaskan beregu No.7 dunia itu.

“Mengenai perlawanan hari ini (semalam), saya akui kami bermain lebih bersemangat dan menampilkan aksi lebih kemas. Pengalaman yang ada juga membantu kami untuk bermain dengan tenang sepanjang perlawanan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Untuk rekod, ini adalah kemenangan pertama yang dilakar Aaron-Wooi Yik ke atas beregu China itu selepas tewas dalam kesemua tiga pertemuan sebelum ini pada Terbuka India 2023, Terbuka Perancis 2022 dan Indonesia Masters 2022.

Pada masa sama, beregu yang berada ranking kedua dunia itu masih memburu gelaran sulung mereka dalam saingan Jelajah Dunia BWF (Persekutuan Badminton Dunia) sejak mula digandingkan pada 2017.

Menanti Aaron-Wooi Yik di pusingan suku akhir esok adalah satu lagi beregu China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong yang menewaskan wakil tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Muhammad Reva Pahlevi Isfahani 22-20, 21-17. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI