fbpx

Ujian aerodinamik Ducati di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA (kiri) akan menggunakan No. 1 pada jenteranya sepanjang saingan musim baharu sambil dibantu oleh rakan sepasukan baharunya, Enea Bastianini. – TWITTER DUCATI CORSE

LONDON – Sebut sahaja pasukan Ducati, pastinya pandangan pertama peminat tertumpu kepada teknologi baharu yang bakal digunakan pasukan dari Itali itu pada perlumbaan Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) tahun ini.

Pengurus Besar Ducati, Luigi Dall’Igna yang memperkenalkan jentera Desmosedici GP 2023 secara rasmi awal pagi semalam tidak berselindung dan mendedahkan bahawa mereka memperincikan bahagian aerodinamik baharu pada sesi ujian di Litar Antarbangsa Sepang (SIC), bulan depan.

Seperti diketahui, kehadiran Dall’Igna di Ducati telah menjadi sinonim dengan inovasi teknikal seperti sayap, peranti holeshot, swingarm scoop dan terkini aerodinamik tempat duduk belakang pada jentera Desmosedici.

“Memang benar dalam beberapa tahun kebelakangan ini Ducati telah memperkenalkan banyak inovasi teknikal, sehingga­kan peraturan MotoGP itu sendiri juga terpaksa dilakukan perubahan.

“Tetapi, setiap tahun pe­saing kami menjadi lebih kuat, jadi kami terpaksa mengambil ba­nyak risiko untuk mencari pela­rasan terbaik.

“Mengenai pelarasan baharu menjelang perlumbaan 2023 nanti, kami akan melakukan ujian lanjut terutama inovasi aerodinamik semasa sesi ujian sete­rusnya di Litar Sepang nanti,” kata Dall’Igna ketika sesi pengenalan pasukan dan jentera.

Pada sesi pengenalan pasukan tersebut juara dunia 2023, Fran­cesco Bagnaia bersetuju menggunakan No. 1 pada jentera Ducati dan kali terakhir nombor itu digunakan pada jentera di MotoGP adalah pada tahun 2012.

Sementara itu, Bagnaia yang tidak sabar untuk kembali bersama pasukannya terutama me­nguji jentera 2023 menegaskan teruja apabila menggunakan ­No. 1 pada musim ini.

“Kini saya bersemangat untuk memulakan musim 2023. Matlamat saya adalah untuk melakukan yang terbaik tetapi saya yakin bukan mudah untuk mengekalkan gelaran musim lalu kerana saya menjangkakan sai­ngan yang lebih sukar berbanding tahun lepas.

“Sokongan padu pasukan dan memiliki jentera terbaik ketika ini, saya yakin mampu lakukan sekali lagi. Saya bersedia untuk teruskan cabaran ini bersama-sama pasukan Ducati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI