fbpx

Tiga rumah musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba ketika sedang memadamkan kebakaran di Jalan Kuala Muda, Kepala Batas di sini petang tadi.

SEBERANG PERAI – Tiga buah rumah berhampiran Masjid Al Hidayah di Jalan Kuala Muda, Kepala Batas di sini musnah dalam satu kejadian kebakaran petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.24 petang.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kuala Muda dibantu BPP Kepala Batas bergegas ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan tiga buah rumah kelas B dengan anggaran keluasan setiap rumah 20×50 kaki persegi.

“Kemusnahan akibat kebakaran dianggarkan sebanyak 80 peratus dan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian terbabit,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dalam operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Khairol Anuar Norshah itu, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 6.50 petang. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI