fbpx

Tampalan pecah punca kapal persiaran mewah terkandas di Mersing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kapal Lucky Seven yang terkandas di Mersing, Johor baru-baru ini. - Foto ihsan Jabatan Laut Malaysia.

PUTRAJAYA- Orang ramai terutama komuniti maritim dinasihatkan tidak panik dengan kehadiran sebuah kapal persiaran mewah asing yang rosak dan terkandas di pantai dekat Mersing, Johor.

Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam satu kenyataan memaklumkan Lucky Seven yang merupakan kapal jenis ‘pleasure craft’ itu dikesan tersadai di sekitar Pantai Tanjung Kempit, Endau.

Katanya, insiden itu tidak melibatkan sebarang kecederaan, kematian atau tumpahan minyak, malah ia tidak mengganggu keselamatan pelayaran di kawasan kejadian.

“Siasatan awal JLM mendapati, tampalan gentian di luar badan kapal itu tiba-tiba pecah menyebabkan air laut masuk ke bilik enjin dan mengakibatkan kaptennya hilang kawalan.

“Ia seterusnya terkeluar daripada alur pelayaran ditetapkan dan kipas kapal turut terkena batu sebelum ditolak ombak kuat ke bahagian pantai ekoran air pasang besar,” katanya di sini tadi.

Katanya, kakitangan Pejabat JLM Teluk Gading telah ke lokasi kejadian untuk mendapatkan gambaran sebenar selain membuat pemeriksaan ke atas badan kapal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI