fbpx

Tak mengapa saya ada, puisi Naim Daniel pujuk Sissy Imann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAGAI sepupu dan regu pertandingan, Naim Daniel berjanji untuk sentiasa ada di sini Sissy Imann mengharungi apa juga cabaran demi karier seni mereka.

PETALING JAYA – Berstatus sepupu merangkap regu pertandingan Sissy Imann dalam program Famili Duo,  Naim Daniel berjanji untuk sentiasa ada di samping penyanyi itu walau dalam apa keadaan.

Dalam sebuah nukilan rasa seperti puisi, Naim memujuk lara Sissy yang patah hati dek kritikan pedas juri program dengan kata-kata semangat agar penyanyi berusia 28 tahun itu terus berjuang sehabis baik biarpun tanpa pasti disukai atau tidak disenangi orang lain.

Katanya, dia juga akan sentiasa berada di samping Sissy sehingga ke akhir perjuangan mereka biarpun mengetahui banyak lagi cabaran mendatang.

“Kadang ada ketika dimana kita berdua berhadapan dalam satu keadaan sama ada ingin menyahut cabaran atau kekal dalam selesanya landasan.

“Tetapi tetap juga kita teruskan walau kita sama-sama takut dengan pelbagai penerimaan, biasalah darah mudakan suka perubahan.

“Pasti adanya penentangan, itu adat pertandingan. Tak mengapa, saya ada,” kongsi penyanyi berusia 25 tahun itu menerusi Instagramnya.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 25, tidak ketinggalan berkongsi pahit manis sejak menyertai program realiti terbitan TV3 itu yang bermula 18 Disember 2022.

Akui Naim lagi, mereka bersungguh-sungguh mahu tampil bersama sesuatu yang baharu dalam setiap tugasan walau mengetahui risiko yang bakal menanti.

“Kadang ada ketika kita menjalani tuntutan tugasan dalam keadaan yang kita sendiri tidak sehebat mana untuk menjayakannya, tetapi kita tetap cuba.

“Walau kadang kita berdua tidak pasti sama ada orang akan suka bagai nak gila atau benci mencuka, tidak mengapa saya ada.

“Ada ketika kita berhadapan satu keadaan sama ada ingin menyahut cabaran atau kekal selesa dalam landasan, tetap kita teruskan walau kita sama-sama takut,” tulisnya lagi.

Bagi Naim, biarpun bukan semua orang mampu menerima perubahan, perkara berkenaan tidak pernah menyekat kreativiti untuk terus berkarya.

“Kadang, ada hari di mana kita berdua mati akal, kaedah apa dan lagu apa lagi yang kita nak ‘bedal’ supaya terhiburnya semua tanpa disangkal-sangkal.

“Kita tetap cuba cekal walau tahu penat minggu demi minggu kian menebal. Tak mengapa, saya ada,” ungkapnya lagi.

Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 itu tidak ketinggalan turut menitip pujian atas keperibadian Sissy yang dikenali ramai sebagai insan yang manis pekerti.

“Jangan risau, walau ada hari di mana riang awak terhakis, menangis tak habis bagai pisau menghiris, tetap tak hilang peribadi awak yang umum tahu, seorang yang manis. Tak mengapa, saya ada,” luahnya.

Terdahulu, Sissy menjadi perhatian ramai usai konsert minggu keenam Famili Duo gara-gara mengundang kri nama Mas Idayu memanas selepas didakwa memberi kritikan ‘membunuh’ terhadap persembahan Sissy dan Naim dalam Familio Duo apabila mereka dikatakan gagal membawakan lagu Jampi dalam versi keroncong dengan baik.

Sissy menangis di pentas usai komen juri dan kemudian dia membatalkan pelancaran album sulung yang sepatutnya berlangsung pada bulan hadapan selepas hilang rasa teruja.

Bagaimanapun, Mas Idayu selaku juri berpengalaman pula menyifatkan teguran dibuat atas dasar tanggungjawab terhadap amanah diberikan produksi, selain ingin melihat pasangan sepupu itu berjaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI