fbpx

K2

Rakyat Palestin ditekan terima pendidikan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DI sebalik segala serangan dari aspek pendidikan, penduduk Palestin tetap cekal untuk mencari ilmu. – GAMBAR HIASAN

PENDIDIKAN adalah satu ruang yang penting dalam membangunkan identiti bangsa dan negara. Malah, pendidikan tidak lagi dilihat sebagai ruang untuk mendapat kerja, tetapi peluang pembebasan terutama kepada rakyat Palestin.

Agenda pengyahudian (judaisation) yang sedang dilakukan bakal memberi impak besar kepada rakyat Palestin yang majoritinya berbangsa Arab.

Agenda pengyahudian adalah satu strategi yang telah digerakkan oleh Zionis sejak penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948.

Zionis menggunakan strategi ini untuk memastikan demografi dan topografi Palestin dapat diubah kepada sebuah negara yang hanya diduduki oleh orang Yahudi atau bukan Yahudi yang mengamalkan cara hidup dan budaya orang Yahudi.

Agenda ini telah ditentang oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana telah melanggar Artikel 49 pada Konvensyen Geneva Keempat yang menyatakan:

“The Occupying Power shall not deport or transfer parts of its own civilian population into the territory it occupies (Kuasa Pendudukan tidak boleh mengusir atau memindahkan sebahagian daripada penduduk awamnya sendiri ke dalam wilayah yang didudukinya).”

Pihak berkuasa Israel sekarang sedang cuba mengadaptasi satu polisi yang sangat bahaya iaitu berkaitan dengan silibus pendidikan di sekolah-sekolah Arab yang berada di Tebing Barat.

Israel sedang menggerakkan agenda mereka untuk melemahkan jati diri serta identiti rakyat Palestin dengan mengenakan satu kurikulum Israel yang sememangnya berniat mengyahudikan penduduk di Tebing Barat.

Tindakan Israel lebih agresif apabila cubaan mereka membawa masuk kurikulum yang mereka gubal tidak berjaya dan Kementerian Pendidikan Israel telah membatalkan lesen enam sekolah di

Baitulmuqaddis Timur yang telah mengganggu bidang kuasa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Tebing Barat.

Institusi pendidikan Israel telah berjaya menguasai sektor pendidikan Arab sebanyak 66 peratus di sebahagian besar kawasan di Tebing Barat terutama di Baitulmuqaddis sejak tahun 1968.

Dikatakan usaha mereka bermula dengan menukarkan nama Palestin kepada Israel dan Jerusalem kepada Urshalim.

Silibus Israel cuba untuk memberi gambaran yang salah tentang sejarah dan geografi Palestin di dalam kurikulum yang diajar di sekolah-sekolah Arab di Baitulmuqaddis.

Israel juga menganjurkan seminar pendidikan di Baitulmuqaddis untuk menggambarkan bahawa Islam di Baitulmuqaddis dibina di atas rampasan daripada orang Yahudi, di mana ini juga adalah penyelewengan fakta sejarah yang dilakukan oleh Israel untuk mengubah fakta yang benar.

Israel sedang menggerakkan agenda untuk melemahkan jati diri serta identiti rakyat Palestin menerusi pendidikan. – GAMBAR HIASAN

Rakyat Palestin di Baitulmuqaddis menghadapi cabaran yang sangat besar sejak 1967, apabila Israel menutup sekolah-sekolah dikelola oleh Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Pihak berkuasa Israel menyatakan bahawa sekolah Arab yang ada di Baitulmuqaddis tidak akan mendapat bantuan kewangan dari kerajaan Israel selagi mana mereka tidak menggunakan kurikulum yang disediakan oleh Israel.

Ini jelas menunjukkan Israel cuba untuk memprovokasi orang Arab di Baitulmuqaddis untuk memaksa mereka keluar dari kota tersebut dan mencari pilihan pendidikan yang lain.

Dengan pengurangan populasi orang Arab di Baitulmuqaddis, usaha Israel menjadi lebih mudah untuk menghancurkan Masjidil Aqsa dan mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai hak milik Israel secara rasmi.

Menurut sebuah kajian dilakukan oleh B’Tselem, kadar keciciran pelajar Arab di sekolah menengah di Baitulmuqaddis telah mencapai hampir 50 peratus sejak sedekad yang lalu.

Perancangan yang rasis ini bukanlah sesuatu yang baharu.
Israel telah beberapa kali melakukan percubaan ini setiap tahun, tapi mereka tidak akan mampu menukar cara fikir rakyat Palestin kepada naratif yang dibawa Israel.

Usaha Israel ini pasti akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan warisan dimiliki rakyat Palestin akan hilang ditelan zaman dan kemudian menjadikan perancangan Israel lebih mudah untuk menjadikan Palestin sebagai sebuah negara tunggal Yahudi di dunia.

Namun, kita juga tidak boleh memandang ringan kepada rakyat Palestin yang cekal dalam menghadapi tekanan yang diberikan oleh Israel walaupun melibatkan nyawa mereka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI