fbpx

Ceroboh Merdeka 118: PDRM minta kerjasama Interpol, NCB Moscow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi pasangan Russia menceroboh dan memanjat Menara Merdeka 118 baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan Unit Biro Pusat Nasional (NCB) Moscow bagi mengenal pasti pasangan warga Rusia susulan kes pencerobohan Merdeka 118 pada Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah merakam keterangan seramai 13 individu termasuk kakitangan menara tersebut.

“Kita meminta bantuan Interpol untuk pengesahan dan NCB Moscow untuk mengenal pasti identiti pasangan terbabit.

“Seterusnya, kita sedang menunggu laporan analisis daripada CyberSecurity berhubung video yang dimuat naik pasangan tersebut,” katanya selepas program Hari Bersama Media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menerima maklum balas dari Jabatan Imigresen dan pasangan terbabit dikatakan sudah keluar dari Malaysia.

“Siasatan masih dijalankan dan dalam tindakan. Kami menasihatkan mana-mana bangunan yang menjadi tumpuan untuk mempertingkat dan memperketat kawalan keselamatan,” tegasnya.

Sehubungan itu, polis akan mengadakan sesi perbincangan dan menilai perkara yang perlu ditingkatkan termasuklah televisyen litar tertutup serta penempatan pengawal keselamatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI