fbpx

Mahkamah: Nasib DJ Ismahalil dituduh edar dadah diketahui bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismahalil Hamzah

KUALA LUMPUR – Nasib penyampai radio, Ismahalil Hamzah yang menghadapi pertuduhan mengedar dadah dua tahun lalu akan diketahui pada 27 Februari ini di Mahkamah Tinggi di sini.

Keputusan sama ada Ismahalil dilepas atau diperintah membela diri di akhir pendakwaan akan diputuskan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin yang telah selesai mendengar perbicaraan kes tersebut.

Sementara itu, peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Ismahalil ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan tarikh keputusan kes tersebut pada bulan depan.

Menurut peguam itu, mahkamah memutuskan tarikh hujahan bertulis pada 9 Februari ini dan hujahan lisan berserta keputusan jatuh hukum pada 27 Februari ini.

Sebelum ini, perbicaraan berlangsung pada 19, 20 dan 31 Oktober lalu dan bersambung pada 3 dan 9 Januari dengan lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norashikin Ibrahim.

Selain Adi Zulkarnain, peguam lain yang turut mengendalikan kes tersebut ialah Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Pada 21 Februari 2022, Ismahalil, 49, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan mengedar dadah selepas pengakuan direkodkan buat pertama kali.

Ismahalil didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini pada pukul 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah  Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati.

Pada 27 Januari 2022, Mahkamah Majistret di sini membenarkan kes Ismahalil dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ini selepas peguam Adi Zulkarnain memaklumkan laporan kimia telah diperoleh yang mana berat dadah turun dari 409 gram seperti dalam pertuduhan kepada 374.6 gram.

Kes itu dipindah dan dibicarakan ke Mahkamah Tinggi berikutan hukuman bagi pertuduhan tersebut adalah gantung sampai mati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI