KUMPULAN Korea Selatan, The Boyz akan mengadakan konsert The Boyz Fan Con: The B-road In Japan pada 21 dan 22 Februari depan.
Bagaimanapun, seorang ahlinya iaitu Ju Hak-nyeon tidak dibenarkan menyertai konsert tersebut oleh pihak agensinya, IST Entertainment.
Pada 18 Januari lalu, penyanyi berusia 24 tahun itu dikejarkan ke hospital gara-gara kesihatan yang kurang baik.
Agensi tersebut memaklumkan bahawa dia dijangkiti selesema dan mereka mahu dia berehat sehingga sembuh sepenuhnya.
Meskipun ahli lain masih mahukan Hak-nyeon menyertai mereka di pentas konsert, namun IST Entertainment mahu memberikan yang terbaik buat artis bawah jagaan mereka.