fbpx

Isteri tanggung pinjaman suami, belanja rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan ujian rumah tangga apabila terpaksa menanggung segala perbelanjaan termasuk pinjaman peribadi suami gara-gara lelaki tersebut sudah tidak bekerja.

Bukan sekejap, bahkan selama 20 tahun wanita tersebut dilihat lebih banyak berkorban demi keharmonian rumah tangga seperti yang diceritakan menerusi Facebook Peguam Syarie: Nor Asyiqin hari ini.

Menceritakan kisah tersebut, Nor Asyiqin berkata, wanita itu telah tawar hati dan membuat permohonan cerai disebabkan wujudkan syiqaq dalam perkahwinan.

Ia berikutan keengganan suami menunaikan kewajipan dan tanggungjawab tanpa sebab dan alasan yang munasabah.

“Dalam tempoh perkahwinan itu, isteri telah menanggung sepenuhnya ansuran kereta, pinjaman peribadi untuk perniagaan suami.

“Malah makan minum, tempat tinggal dan keperluan seisi rumah dan anak-anak juga ditanggung isteri sepenuhnya memandangkan suami sudah tidak bekerja selama beberapa tahun,” katanya.

Menjelaskan mengenai syiqaq, Nor Asyiqin berkata, syiqaq adalah pertelingkahan atau perkelahian dalam rumah tangga sama ada berpunca daripada perbuatan nusyuznya isteri atau dayusnya suami

Katanya, syiqaq ini juga menyebabkan suami isteri tidak dapat menunaikan kewajipan sebagai suami isteri dengan baik.

“Sekiranya mahkamah mendapati syiqaq itu jelas, terang dan nyata, maka hakam boleh melafazkan cerai bagi pihak suami meskipun suami enggan melafazkan cerai untuk isteri.

“Dengan adanya syiqaq, maka tidak wujud lagi ‘sakinah wa rahmah’ dan keharmonian dalam rumah tangga,” ujar beliau lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI