fbpx

Identiti mayat wanita dijumpai di Kampung Alor Gali dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail anggota forensik sedang memeriksa mayat Zarina yang ditemui di kawasan semak di Kampung Alor Gali, Marang pada minggu lalu.

MARANG – Identiti mayat wanita yang ditemui dalam keadaan terlentang di dalam parit di kawasan semak berhampiran Kampung Alor Gali di sini pada minggu lalu disahkan sebagai Zarina Mukhtar berusia 57 tahun.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Md. Dris berkata, pengesahan tersebut berpandukan padanan
rekod cap jari tersimpan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Ia disahkan Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia dan Singapura (D2) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Kita telah melakukan tangkapan dan perintah reman terhadap suspek akan dipohon di Mahkamah Majistret Marang di sini esok (hari ini),” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, butiran lanjut berhubung kes tersebut akan dimaklumkan dalam sidang akhbar yang akan diadakan pada masa terdekat.

Difahamkan Zarina merupakan wanita tempatan berasal dari Chendering, Kuala Terengganu yang terletak kira-kira lebih 20 kilometer dari lokasi penemuan mayat.

Kosmo! 19 Januari lalu melaporkan seorang pencari daun palas tergamam bertemu dengan satu mayat wanita di dalam kawasan semak berhampiran Kampung Alor Gali di sini.

Sewaktu ditemui, mayat itu lengkap berpakaian dengan berbaju lengan panjang berwarna merah jambu, dan berseluar panjang berwarna hitam selain sehelai kain juga berwarna hitam dipercayai tudung berada pada bahagian perutnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI