fbpx

Ibu tunggal sakit buah pinggang, jaga 2 anak autistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naimah bersama empat anaknya ketika ditemui di rumah sewa mereka di Taman Perumahan Awam Tanah Merah, Jitra baru-baru ini.

JITRA – Ibarat sudah jatuh di­timpa tangga.

Itulah takdir yang menimpa seorang ibu tunggal apabila dia bukan sahaja menderita sakit buah pinggang, malah terpaksa membesarkan empat anak secara bersendirian.

Lebih menyedihkan, dua anak Naimah Abd Razak, 39, iaitu Ha­ziq dan Hazim yang juga kembar berusia 15 tahun menghidap ­autisme.

Menurut Naimah, mereka lima beranak hidup dalam keadaan serba kekurangan apatah lagi dia terpaksa menjalani rawatan dia­lisis sebanyak tiga kali seminggu sejak setahun lalu.

“Sejak berpisah dengan bekas suami pada Disember lalu, saya menanggung sendiri kos rawatan dialisis sebanyak RM150 bagi setiap rawatan.

“Disebabkan mahu berjimat, saya menjalani dua rawatan di­a­lisis (seminggu) berbanding tiga sebelum ini. Saya ada memohon dialisis di hospital kerajaan dan masih menunggu giliran.

“Mujur ada bantuan zakat untuk anak-anak berjumlah RM1,000 sebulan,” katanya ketika ditemui di Taman Perumahan Awam Tanah Merah, Jitra di sini baru-baru ini.

Naimah memberitahu, dia tidak memiliki kereta, jadi anak-anaknya menaiki van sekolah dengan tambang RM350 sebulan.

Wanita itu berpindah ke kedah dari Selama, Perak sejak beberapa bulan lalu kerana tinggal berdekatan abangnya.

Naimah bernasib baik kerana keluarga dan jiran mengambil berat tentang mereka.

“Sewa rumah sebanyak RM400 sebulan dibayar oleh abang saya. Kalau hendak mengharapkan saya, sudah tentu tak mampu. Makan minum pun kadang-kadang jiran yang hantar,” katanya.

Mereka yang ingin membantu keluarga Naimah boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam wanita itu yang bernombor 08022 02078 5799.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI