fbpx

Harga makanan perlu selari dengan kadar inflasi – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi ketika bercakap pada sidang akhbar Penerbitan Harga Indeks Harga Pengguna (IHP) Disember 2022 di Unit Perancang Ekonomi, Putrajaya hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Negara akan berdepan masalah besar sekiranya kadar inflasi berada pada kadar sihat tetapi ia tidak diterjemahkan kepada penurunan harga barangan dan makanan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, beliau melihat kadar inflasi sudah mula mendatar sejak Ogos dan September lalu dan ia mencecah 3.8 peratus pada Disember lalu.

Beliau berkata, jika kadar inflasi terus turun dan mencecah sekitar 2.8 hingga 3.2 peratus pada April depan, maka harga bahan mentah di pasaran akan turut turun.

“Jika harga makanan tidak menurun maka pengguna harus bertindak balas. Malaysia tidak boleh menjadi seperti negara komunis dimana semua harga makanan dan minuman di kawal oleh kerajaan.

“Pada dasarnya, kerajaan tidak boleh kawal harga makanan kerana ia di luar kuasa kerajaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, rakyat juga perlu memahami bahawa kerajaan turut berdepan cabaran untuk melaksanakan penguatkuasaan harga makanan.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, kawalan harga barangan juga perlu selari dengan kapasiti dan bekalan yang mencukupi.

“Selain itu, peningkatan harga makanan dan minuman di luar rumah, terutama di restoran dan hotel adalah penyumbang utama kepada kadar inflasi setiap bulan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI