fbpx

Dua beranak berteduh di stor dibantu Baitulmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emelda dan anaknya yang telah dibantu pihak Baitulmal MAIWP serta persatuan penduduk.

PETALING JAYA – Ibu tunggal dan seorang anaknya terpaksa menumpang teduh di sebuah stor selepas diusir dari rumah berikutan tidak mampu membayar sewa rumah sejak beberapa bulan lalu.

Ujian hidup yang dilalui wanita bernama Emelda itu bagaimanapun berakhir selepas dia dibantu persatuan penduduk dan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang turun padang memberikan pertolongan.

“Puan Emelda diumpamakan bagai jatuh ditimpa tangga apabila dia bukan sahaja kehilangan punca pendapatan, malah diusir keluar daripada rumah (sewa) disebabkan tidak mampu menanggung kos sewa sejak beberapa bulan lalu.

“Dia tiada pilihan melainkan keluar bersama bungkusan pakaian mencari tempat berteduh. Ibu tunggal anak satu ini dikatakan tidak mempunyai ahli keluarga terdekat untuk meminta bantuan.

“Mujur persatuan penduduk prihatin mengambil tanggungjawab dengan menempatkan dua beranak ini di sebuah stor sebagai tempat berteduh sementara mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook Baitulmal MAIWP hari ini.

Mengulas lanjut, Skuad Jejak Asnaf MAIWP berjaya menemui bilik sewa yang selesa untuk dua beranak itu dengan deposit dan sewa bulanan akan dibantu MAIWP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI