PENYANYI kumpulan NewJeans, Danielle memohon maaf atas penyalahgunaan ayat ketika mengucapkan selamat Tahun Baharu Lunar kepada peminat.
Pada 19 Januari lalu, Danielle menghantar mesej kepada peminat dalam platform Phoning.
“Apakah Bunnies (kumpulan peminat NewJeans) lakukan pada Tahun Baharu Cina?” ujarnya.
Penyanyi muda berusia 17 tahun itu langsung menerima kecaman kerana menggunakan frasa Tahun Baharu Cina untuk sambutan Tahun Baharu Lunar.
“Penggunaan perkataan yang saya gunakan memang tidak sesuai dan saya sangat menyesal.
“Saya ingin memohon maaf kepada Bunnies dan semua yang telah kecewa serta terkesan dengan penggunaan perkataan yang digunakan saya.
“Insiden ini tidak akan dilupakan. Justeru saya akan lebih berhati-hati selepas ini terutamanya dalam penggunaan perkataan serta tindakan pada masa akan datang,” janji Danielle.