PETALING JAYA – Cuaca diramal dalam keadaan baik dan cerah di seluruh negara pada pagi ini.
Ia berikutan tiada amaran hujan lebat serta ribut petir dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat pukul 9.30 pagi ini.
Namun, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui lawan sesawangnya, mengeluarkan amaran paras bahaya sungai di Sawarak, Pahang dan Melaka.
“Di Sarawak melibatkan Roban, Betong dengan bacaan 5.16 meter (m), Punan Bah B, Kapit (10.36 m), Benawa, Miri (7.62 m).
“Manakal di Pahang di Sungai Keratong 22.78 m manakala Sabah di Sungai Bandau, Kudat (1.15 m) dan Melaka di Sungai Duyong, Melaka Tengah (1.49 m),” ujarnya – KOSMO! ONLINE