fbpx

Bomba selamatkan jari kanak-kanak tersepit penutup tempat basuh tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jari kanak-kanak tersebut yang tersepit sebelum anggota bomba membantu mengeluarkannya di Kampung Jana Baru, Kamunting, Taiping hari ini. - IHSAN JBPM PERAK

TAIPING – Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu mengeluarkan jari seorang kanak-kanak yang tersepit pada penutup tempat basuh tangan di Kampung Jana Baru, Kamunting di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting, Mohd. Fakrul Radzi Bemawi berkata, sepasukan tujuh anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 5.48 petang.

Katanya, setibanya di sana, didapati kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu telah tersepit jari tangan kanannya pada penutup berkenaan.

“Anggota menggunakan peralatan khas untuk memotong penutup tempat basuh tangan itu. Operasi mengambil masa kira-kira lima minit.

“Kanak-kanak itu mengalami luka kecil pada jari telunjuk dan diberikan rawatan awal oleh anggota. Operasi yang diketuai komander operasi, Abdul Karim Bari itu tamat pada pukul 6.08 petang,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI