fbpx

Banjir: Lebih 500 penduduk dipindahkan di Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN anggota bomba sedang melakukan pemantauan di tiga buah kampung, Kampung Tenang, Pekan Air Panas dan Paya Merah di sekitar Labis sejak awal pagi tadi, berikutan berlaku kejadian banjir.

SEGAMAT – Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka hari ini ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu di daerah ini.

PPS yang terlibat adalah PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang, PPS Dewan Serbaguna Pekan Air Panas dan PPS Dewan Kampung Paya Merah di Labis, di sini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang merekodkan seramai 413 orang daripada 119 keluarga setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka secara rasmi hari ini.

“Di PPS Dewan Serbaguna Pekan Air Panas, ia merekodkan seramai 124 mangsa daripada 31 keluarga dari Kampung Pekan Air Panas.

“Mangsa banjir di ketiga-tiga buah kampung ini dijangka meningkat berikutan cuaca masih mendung,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Usaha menyelamat dan pemantauan masih dijalankan di kawasan yang terjejas melibatkan polis, bomba, Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI