fbpx

Sarawak perkukuh hubungan dua hala dengan Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari bersalaman dengan Anwar ketika tiba di Brunei, sempena lawatan dua hari Perdana Menteri ke Brunei.

KUCHING – Menyegerakan kerja-kerja persempadanan dan ukur sempadan tanah antara Malaysia dan Brunei Darussalam, antara 12 intipati yang dibincangkan antara Kerajaan Sarawak dengan negara jirannya itu bagi mempertingkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua wilayah.

Menurut Pejabat Premier Sarawak dalam kenyataan hari ini, perkara itu dibincangkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengiringi lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brunei bermula hari ini.

Pada masa sama, katanya, Sarawak mengalu-alukan Brunei untuk Pembangunan Sempadan Bersama di sepanjang lebuh raya untuk harta komersil dan taman perindustrian dan serta mempromosikan produk tempatan secara global.

“Sarawak sedang membangunkan perhubungan infrastruktur di wilayah utara dan akan disepadukan dengan rangkaian jalan raya Brunei.

“Sarawak bercadang untuk membina jalan baharu dari Lumapas (Brunei) ke Pendam (Limbang), yang akan disepadukan dengan Lebuhraya Pantai Utara (NCH),” katanya.

Dalam pada itu, katanya Sarawak juga mahu memperluaskan Program Kerap Melancong Brunei Malaysia (BMFTP) ke CIQS Merapok dan Sindumin untuk memudahkan pelancong ke Kota Kinabalu, Sabah.

“Kedua-dua negara perlu meneroka proses digitalisasi di kedua-dua pusat pemeriksaan untuk mempercepatkan pergerakan pelancong,” ujarnya.

Katanya, Sarawak turut meminta Brunei mengurangkan kecerunan jalan raya antara CIQ Mengkalap, Sarawak dan Pos Kawalan Imigresen Labu Temburong, Brunei bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Selain itu, katanya Sarawak menawarkan untuk menjual air mentah dan terawat kepada Brunei untuk industri, pertanian dan kegunaan domestik serta membantu Brunei mencapai sasaran 10 peratus campuran penjanaan yang akan dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui menjelang 2035 di bawah inisiatif Perjanjian Paris. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI