fbpx

Piala Dunia: Australia ‘sebelah kaki’ ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Australia, Tom Wickham (kiri) cuba melepasi kawalan Alejandro Alonso dari Sepanyol dalam aksi suku akhir di Stadium Kalinga sebentar tadi. - FARIZ RUSADIO

BHUBANESWAR – Australia berdepan detik cemas sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Dunia Hoki 2023 menerusi kemenangan tipis 4-3 ke atas Sepanyol pada aksi suku akhir di Stadium Kalinga sebentar tadi.

Pakar flik Kookaburras, Blake Govers tidak mahu menjadikan alasan tempoh rehat yang lama sebagai faktor utama mereka gagal menampilkan prestasi sebenar dalam perlawanan itu.

“Kami tidak bermain dengan baik dalam suku masa pertama dan kedua sebelum kami bangkit menjaringkan gol dalam dua suku masa terakhir. Permainan kami hari ini belum yang terbaik.

“Namun, tempoh rehat yang lama bukanlah alasan kepada persembahan ini. Kami akan berikan aksi yang lebih baik di separuh akhir nanti,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pasukan ranking pertama dunia itu terlebih dahulu ketinggalan dua gol kepada Sepanyol menerusi dua jaringan padang daripada Xavier Gispert dan Marc Recasens pada minit ke-20 serta 24.

GOVERS (tengah) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas mara ke separuh akhir Piala Dunia Hoki 2023. – FARIZ RUSADIO

Bagaimanapun, Australia selaku naib juara Sukan Olimpik Tokyo 2020, bangkit menunjukkan taring sebenar pada suku masa ketiga dengan meledak empat gol dalam tempoh tujuh minit untuk kembali mendahului 4-2.

Flynn Ogilvie memulakan kebangkitan buat Australia pada minit ke-30 diikuti kapten, Aran Zalewski berselang dua minit kemudian sebelum Jeremy Hayward menyempurnakan dua pukulan sudut penalti (m-33, m-37).

Sepanyol yang mara ke suku akhir selepas menewaskan Malaysia di cross over sebelum ini, bangkit merapatkan kedudukan dengan gol ketiga daripada Marc Miralles pada minit ke-41.

The Red Sticks berpeluang menyamakan kedudukan dan mengheret perlawanan ke penentuan penalti shoot-out tetapi Miralles gagal menyudahkan penalti stroke pada minit ke-56.

Kejayaan ke separuh akhir menyaksikan Australia berada pada landasan tepat untuk menebus kekecewaan meraih tempat ketiga lima tahun lalu dan kembali bergelar juara sama seperti edisi 2014. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI