fbpx

Perpustakaan digital, galeri Islam bakal menjadi tarikan baharu bangunan Istana Mustika Embun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN IBRAHIM menerima mengadap Mufti Johor dan Pengarah JAINJ berhubung kertas kerja cadangan projek pemuliharaan semula bangunan Istana Mustika Embun.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah perpustakaan digital dan galeri Islam bakal menjadi ruangan informatif di Bangunan Istana Mustika Embun, di sini.

Baginda bertitah, perpustakaan bukan sahaja merupakan gedung ilmu penting, malah galeri Islam itu perlu dilengkapi dengan sumber-sumber rujukan penting, sejarah perkembangan Islam di Johor serta senarai nama mufti-mufti Johor.

“Persembahan karya-karya sejarah perkembangan Islam Johor yang lebih informatif bakal menarik kehadiran pengunjung khususnya generasi muda.

“Ia bukan sahaja bakal menjadi satu tempat rujukan penting, malah berupaya meningkatkan lagi kefahaman serta sejarah dan sumbangan mufti-mufti Johor terdahulu,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini.

Terdahulu, Sultan Johor berkenan menerima mengadap Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Datuk Md. Rofiki Shamsudin.

Pada pertemuan itu, Yahya mempersembahkan kepada Baginda kertas kerja perkembangan semasa cadangan projek pemuliharaan semula bangunan Istana Mustika Embun.

Bangunan Istana Mustika Embun yang terletak di Jalan Abdul Rahman Andak diwakafkan tanahnya oleh Almarhumah Tunku Ampuan Mariam Almarhum Sultan Abu Bakar telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah oleh Yayasan Warisan Johor.

Kos pembinaan ditanggung oleh Perbendaharaan Negeri Johor melalui Tabung Amanah Warisan Negeri Johor.

Yahya bersama Rofiki turut mempersembahkan kepada Baginda mengenai hal ehwal Islam Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI