fbpx

Pentas pamer karya pereka fesyen dari seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model-model fesyen jenama Auratier memperagakan pakaian sambil membuat persembahan tarian tradisional Jepun.

PENTAS pertunjukan fesyen sememangnya medium terbaik bagi pereka fesyen mempamerkan kreativiti, bakat serta menterjemah sesuatu gaya.

Justeru, sempena menyambut kedatangan tahun 2023, syarikat hartanah terkemuka, Sheng Tai International Sdn. Bhd. (STI) menganjurkan sebuah acara pertunjukan fesyen.

Pertunjukan fesyen bertajuk The Straits Gala 2023 itu melibatkan pereka tempatan dan antarabangsa yang diadakan di Melaka.

Dengan hasrat menjadikan Melaka sebagai hab fesyen antarabangsa, pengasas STI, Datuk Leong Sir Ley berkata, pertunjukan fesyen gilang-gemilang itu telah berlangsung pada 13 Januari lalu di The Sail Superdome iaitu salah satu bangunan milik syarikat tersebut.

Pertunjukan fesyen itu turut disertai pereka fesyen berbakat dari 15 buah negara.

Antaranya Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Filipina dan Thailand.

Acara yang dihadiri lebih 1,000 pengunjung itu berlangsung meriah apabila pengunjung turut dihiburkan dengan pertunjukan bunga api dan persembahan violin oleh pemain violin terkenal negara iaitu Megan Mei.

Menurut Sir Ley, dia berasa sangat teruja apabila dapat menganjurkan acara fesyen itu, lebih-lebih lagi selepas tiga tahun hidup dalam pandemik Covid-19.

INI adalah salah satu daripada16 busana rona merah jambu terang yang diketengahkan oleh Bill Keith.

“Selepas tiga tahun hidup dalam pandemik, sebaik sahaja sekatan perjalanan dan perintah berkurung dilonggarkan, saya mula menyedari kemunculan ‘bahasa baharu’.

“Ia meliputi inisiatif dalam bidang seni dan kebudayaan, fesyen serta kesejahteraan hidup.

“Ini memberi inspirasi kepada saya untuk mengumpulkan para pengasas perniagaan ini dari seluruh dunia untuk datang dan mempromosikan Melaka ke persada dunia,” jelasnya.

Pengunjung berpeluang menyaksikan pertunjukan fesyen membabitkan pereka fesyen terkenal seperti Bill Keith, Dian & Norule, Gillian Hung, Yani Bakhtiar, Variante dan CARRO.

Malah, pertunjukan fesyen itu turut melibatkan peragaan fesyen daripada pelajar tahun akhir jurusan fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Ia sebagai usaha mencungkil bakat baharu dalam industri fesyen tanah air.

PERTUNJUKAN fesyen The Straits Gala 2023 yang berlangsung di Melaka baru-baru ini melibatkan pereka fesyen berbakat
dari 15 buah
negara.

Acara itu juga merupakan platform penilaian untuk model terlatih dari Akademi TV Fesyen Malaysia.

Para graduan akademi itu berpeluang untuk mengambil bahagian dalam acara antarabangsa yang diadakan oleh FashionTV Paris.

Acara dimulakan dengan pertunjukan fesyen oleh pelajar UiTM yang bertemakan Dichotomy.

Rona-rona lembut seperti merah jambu dan gelap seperti coklat pekat mendominasi pentas peragaan pada malam itu.

Seterusnya, peragaan fesyen jenama Auratier dari Jepun merupakan antara yang memukau penonton.

Ini kerana, model-model daripada jenama itu memperagakan pakaian sambil membuat persembahan tarian tradisional Jepun.

Acara penutup diserikan dengan pertunjukan fesyen oleh Bill Keith yang memperagakan 16 jenis busana berbeza dengan rona merah jambu terang.

Sir Ley menambah, Melaka satu ketika dahulu pernah menjadi pelabuhan kosmopolitan utama di Asia Tenggara.

Maka katanya, ia mampu menjadi lokasi sesuai untuk mengumpulkan pemain industri dari seluruh dunia untuk menikmati hospitaliti di Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI